Wednesday, July 29, 2009

Dasar Profile lawan Nadi Corp. Sdn. Bhd.

Suasana di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta. Mereka asyik berbincang sebelum perbicaraan bermula dalam KES 'Dasar Profil Sdn. Bhd lawan MARA Holdings Sdn. Bhd. Kes ini mula dibicara pada tahun 1993 dan telah dimenangi oleh Dasar Profile Sdn. Bhd. Sekarang menunggu Mahkamah memutuskan berapakah jumlah MARA Holding Sdn. Bhd akan dihukum untuk membayar. MARA Holdings Sdn. Bhd telah diswasta kepada Dato' Nazmi Salleh, dan telah ditukar nama kepada NADI Corp. Sdn. Bhd.

Kes ini telah mengambil masa 16 tahun lamanya, tapi masih belum muktamat, entah bila agaknya akan berakhir. Dua orang yang terlibat secara langsung dalam perniagaan ini telah pun meninggal dunia iaitu Allahyarham Omar Johar, Pengarah Urusan MARA Holdings Sdn. Bhd dan Allahyarham Hanafi Majid bekas Pengarah Urusan dasar Profile Sdn.Bhd. Semuga tahun 2009 ianya dapat diselesaikan.

kelihatan digambar adalah peguam Haji Ramzani serta saksi Sdr Ramli Yunus dan Sdr Tamrin Ghafar, saksi kepada Dasar Profile Sdn. Bhd.

No comments: