Wednesday, July 25, 2012

PRU13, Kerajaan Negeri Sabah jatuh.


Isu sekiranya PR menang PRU13 dan memerintah Malaysia, kuasa melayu akan terhakis telah dibawa oleh penceramah murahan BN dipentas ceramah dikampung-kampung terutamanya dikawasan mejoriti melayu. Hasutan yang sudah basi itu tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada PR.

Sebelum puasa, rata-rata majlis ceramah anjuran PR mendapat sambutan yang luar biasa, isu-isu penyalahgunaan kuasa, rasuah, dan koborosan perbelanjaan pemimpin mendapat sambutan, isu komesin membeli kapal selam, pinjaman NFL (Lembu) penghapusan hutang kroni, Sekatan pemberian Royalti Minyak ke Kelantan dan banyak lagi menyakinkan rakyat bahawa BN tidak boleh diharap lagi untuk memerintah Malaysia.

Apatah lagi terang didepan mata bahawa UMNO tidak begitu serius untuk merampas kembali kerusi yang dulunya dikuasai oleh UMNO tapi kini dimenangi oleh PR, calun yang bakal dinobatkan oleh BN dalam PRU13 nanti kebanyakannya yang telah ditolak oleh rakyat.

Tentu ada yang bertanya, mana tahu BN nak letak calun yang rakyat sudah tolak. Jawapannya sekiranya tidak begitu orang tak panggil UMNO kerana itulah budaya dalam UMNO,. calunnya mesti orang yang rapat dengan pemimpin sama ada pemimpin diperingkat nasional, negeri atau bahagian. Bukan dipilih calun yang boleh menang.

Mana ada pemimpin UMNO nak dengar dan pakai cadangan orang lain, kerana apabila mereka telah diberi kuasa dan dipilih sebagai pemimpin mereka sudah sepakati dengan keegoan, orang lain semuanya tak boleh pakai, hak mereka saja yang betul, itulah yang terjadi dalam UMNO kini.

Rakyat nampak permainan pemimpin UMNO, sebab itu rakyat beralih sokongan kini, pada hal ada juga pemimpin PR yang dibaluti dengan keangkuhan tapi mereka belum lagi diberi kepercayaan untuk tadbir negara, jadi kewarasan nya belum diuji.

Apabila Sabah sebagai kawasan hebat UMNO, kini terbelah dua, jelaslah BN tak begitu yakin untuk terus menang di Sabah dan ini akan menjejaskan peluang BN untuk terus kekal memerintah Malaysia nanti.

Pada 29hb nanti laungan jatuhkan UMNO dan BN akan bergema disabah setelah 9 orang yang dulunya bertanggongjawab meruntuhkan kerajaan PBS kini akan bersama PR untuk meranapkan UMNO dan BN Sabah.

Apabila Dato' Lajin Ukim memberitahu kepada YAB Tok Guru Nik Aziz bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan dan jawatan Majlis Tertinggi UMNO itu bermakna bermulalah denyut kekuatan baru PR disabah.

Hanya tunggu PM Najib bubarkan parlimen.

Saturday, July 21, 2012

Pilih pemimpin jangan pilih aktivis.


Ingatan PM Najib supaya rakyat jangan silap pilih pemimpin kerana boleh mengakibatkan keamanan negara tergadai sekali gus menghilangkan nikmat untuk rakyat melakukan ibadat. adalah satu peringatan yang perlu diambil oleh rakyat bagi menentukan PRU13 sebuah kerajaan yang benar2 adil dapat disokong.

Pemimpin bagaimana yang rakyat perlu pilih?.

Adakah pemimpin kerajaan yang ada hari ini perlu dikekalkan sedangkan rakyat tahu dan dapat melihat tentang keangkuhan pemimpin, tentang koborosan, tentang penyalahgunaan kuasa, tentang perkaya dan diri dan kroni, tentang penindasan, tentang tomak dan haluba dan tentang tak mengenang pejuang-pejuang masa lalu.

Tentang melakukan rasuah, tentang janji tidak ditepati, tentang membelakangkan perlembagaan parti dan banyak lagi 'tentang' yang tidak melayakkan pemimpin yang ada hari ini diberi peluang untuk terus menerajui kerajaan.

Untuk mentadbir sebuah kerajaan, tak cukup dengan PM Najib dan Dato' Mustapha Mohammad saja, menteri-menteri lain juga perlu dilihat mampu bekerja dan tidak terdedah dengan keangkuhan dan rasuah barulah kerajaan hari ini boleh dikekalkan.

Siapa dikalangan menteri hari ini boleh menandingi YAB Tok Guru Nik Aziz dari segi ilmu ugama islam untuk mempertahankan negara ini supaya terus dapat beribadat dengan aman, begitu juga dikalangan pemimpinan PAS yang terbukti tidak terlibat dalam jenayah rasuah.

Jadi maksud PM Najib itu bolehlah digambarkan bahawa dalam PRU13 nanti rakyat adalah diminta supaya menentukan calun yang yang betul-betul bersih dan bersifat sederhana bagi menentukan negara kita tidak diterajui oleh mereka2 yang sentiasa mengintai peluang untuk memperkayakan diri dan kroni seperti mana perlantikan pengerusi agensi kerajaan yang walaupun tidak mampu memperkasakan agensi tersebut tapi terus dikekalkan.

Waspadalah pilih calun untuk PRU13 nanti.

Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa.

rindu untuk berpuasa dikota mekkah.

Esok 21hb. Julai 2012, bermulalah puasa bagi seluruh umat Islam, Hajat dihati mahu berpuasa di mekkah seperti tahun lepas iaitu 10 malam terakhir berada didepan kaabah, galaaknya kerana ada usaha belum selesai lagi sehingga kini. Insya Allah sekiranya dibantu oleh sahabat yang ada kuasa, semua usaha akan berjaya.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucap 'Selamat berpuasa' kepada semua pembaca yang mengikuti blog saya ini, semuga dengan hadirnya bulan ramadhan ini sekali lagi ,kita semua sempat berpuasa bagi menunaikan kewajipan rukun Islam sedangkan sudah ada dikalangan kita tidak dapat meneruskan kewajipan ini kerana telah dipanggil oleh Allah terlebih awal daripada kita.

Puasa ini adalah diharap semuga suhu kempen pilihanraya umum tidak terus panas kerana sebagai umat islam bulan ramadhan ini adalah bulan penuh keberkatan dan semua insan dituntun membuat kebajikan, bersatu dan menunaikan tanggongjwab kejalan Allah supaya dilimpahkan pahala bagi dibawa bekal diakhirat kelak.

Yang pasti, akhirnya bulan ramadhan nanti akan muncul pula hari raya Aidil Fitri, anak-anak kecil sedang menanti saat itu, ibubapa pula bersiap mengumpul wang bagi memenohi permintaan anak-anak bagi menyediakan sambutan hari raya.

Ibubapa yang berada dan cukup wang tak ada masaalah, bahkan sibuk kekedai-kedai jahit untuk menempah baju dan pakaian baru untuk keluarga, yang malangnya kepada anak2 yang keluarganya miskin, yang ibubapanya telah mati. tentunya sedang bergeluk dengan tekanan kemahuan.

Disinilah mereka perlukan bantuan, mereka mahu supaya nasib mereka diberi perhatian seperti mana peneroka felda dapat durian runtuh, mereka mahu mengecapi nikmat hidup seperti orang lain yang dapat wang kerana politik. RM15,000 bagi keluarga mereka untuk berbelanja sebulan dalam bulan puasa dan menyediakan sambutan hariraya Aidil Fitri sudah memadai. Mereka boleh tempah pakaian baru sepeti orang lain yang berada dan kaya.

Bagi yang sedang berkerja sama ada dengan kerajaan ataupun swasta biasanya pihak majikan akan memberi bonus menjelang hariraya, tapi bagaimana dengan petani, penternak,nelayan, penarik beca dan bekerja sendiri. Nampaknya sambutan hariraya tahun ini adalah 'hambar' bagi mereka-mereka itu.

Saturday, July 14, 2012

Tahniah untuk Tan Sri Aseh Che Mat.


Siapa tak kenal Tan Sri Aseh Che Mat, terutamanya dikalangan penjawat awam, seorang tokoh dalam perkhidmatan awam yang pernah mengepalai kesepakatan pegawai tinggi kerajaan, beruasaha memperkasakan para penjawat awam supaya disayangi dan dihormati oleh masyarakat.

Jawatan terakhir beliau dalam kerajaan sebelum bersara wajib adalah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri KDN setelah kerajaan Malaysia menafikan kebolehannya pada masa itu untuk diberi jawatan yang paling layak dan sesuai iaitu Ketua Setiausaha Negara KSN.

Banyak tandatanya dikalangan rakyat dan penjawat awam, kenapa kerajaan tidak melantik Tan Sri Aseh sebagai Ketua Setiausaha Negara KSN, apakah beliau ada masaalah dengan kerajaan atau beliau adalah orang yang susah untuk dikontrol atau ada kesalahan besar yang beliau lakukan?.

Kerana kepada semua, pada waktu itu beliau adalah orang yang dikira paling layak menduduki kerusi sebagai Ketua Setiausaha Negara KSN kerana beliau banyak kenalan dan dihormati oleh pegawai-pegawai kerajaan teramsuklah orang-orang politik.

Cerita Ketua Setiausaha Negara KSN sudah pun berlalu, beliau telah diberi tempat oleh kerajaan untuk menjadi Pengerusi Pos Malaysia dan setelah 4 tahun terpisah dengan PUTRAJAYA kini kerajaan telah memberi ruang untuk Tan Sri Aserh menghirup kedamaian udara dipusat pentadbiran yang terindah didunia.

Dijangka bulan Ogos ini Tan Sri Aseh Che Mat akan mengemudi Perbadanan PUTRAJAYA, desas desus dikalangan kakitangan kerajaan negeri sembilan nampaknya terpadam yang mana sebelum ini nama Tan Sri Aseh juga disebut-sebut salah seorang bakal calun Menteri Besar.

Apakah dengan Perlantikan Tan Sri Aseh sebagai peneraju perbadanan PUTRAJAYA adalah sebagai satu persediaan untuk memikirkan cara bagaimana perjalanan dan majlis penyerahan PUTRAJAYA dari kerajaan BN kepada kerajaan PR selepas PRU13.

Walaupun ada perkara yang saya tidak setuju dengan Tan Sri Aseh terutamanya dalam menangangi isu kemasukan pekerja asing (boroh) dari negara Bangladesh kerana usaha saya di 'hijack', tapi dalam perlantikan beliau sebagai peneraju perbadanan PUTRAJAYA ini terlebih dahulu saya merakamkan ucapan tahniah.

Wednesday, July 11, 2012

Apabila keputusan hakim tidak nampak adil?


Saranan Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara, supaya rakyat memahami tugas dan tanggongjawab peranan hakim di Malaysia ini amat-amat dialu-alukan. "BOLEH KRITIK, TAPI BUKAN MENGHINA. pesanan yang sangat-sangat diminta supaya mengerti.

Memang tugas dan amanah para hakim teramat berat, keputusan kadang-kadang meranakan manusia, jadi adalah amat tepat permintaan Ketua Hakim Negara supaya sesiapa saja boleh mengkritik badan kehakiman tapi biarlah berasas dan bukan dengan niat menghina.

Walaupun ada peruntukan undang-undang bagi mempertahankan mahkamah tapi dengan ujudnya media baru tanpa sempadan, banyak kita dapati medan tersebut digunakan oleh mereka yang tidak berani untuk menghina badan kehakiman.

Persoalannya bagaimana dan isu berbentuk apa yang boleh dianggap menghina, apakah menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap sesautu keputusan yang telah dibuat oleh hakim boleh dianggap menghina. Sebagai caontoh, rakyat biasa yang dituduh menerima rasuah RM200.00 telah didapati bersalah dijatuhkan hukuman 1 tahun penjara manakala bekas pembesar pula didapati bersalah kerana melakukan rasuah berjuta-juta juga dihukum selama 1 tahun juga. Apakah isu itu dianggap menghina atau mengkritik.

Dan apabila sesautu kritikan itu tidak diambil peduli oleh pihak yang berkenaan, maka orang ramai akan bercakap, setelah medan percakapan dibuka dikedai-kedai kopi tentulah ada perkataan yang tak puas hati terhadap badan kehakiman diperkatakan terutama kepada mereka yang pernah didapati bersalah oleh mahkamah.

Satu perkara yang harus diperbetulkan, apabila para hakim hanya dibenarkan terbang dengan ekonomi class, apakah ini bukan satu penghinaan terhadap hakim-hakim, apakah kerajaan sudah tidak ada wang untuk menanggong perbelanjaan perjalanan para hakim. Hakim harus dimartabatkan, bukan dibuat basahan.

Oleh itu pihak kerajaan juga harus kembalikan maruah badan kehakiman supaya rakyat penuh yakin kepada setiap keputusan yang dibuat oleh hakim, seperti dulu-dulu para hakim dihormati oleh masyarakat kerana keputusan yang dibuat oleh para hakim nampak adil walaupun kadang-kadang tidak berlaku adil.




Thursday, July 5, 2012

Mangsa terbaru.


Umurnya baru 57 tahun, masih ada baki 3 tahun lagi untuk cukup umur bersara dalam perkhidmatan awam, tapi kini telah dipecat dari menjawat jawatan yang paling dekat dengan hampir 1.4 juta penjawat awam di Malaysia ini. Begitulah nasib yang diterima oleh Tan Sri Abu Bakar Abdullah, bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.

Besar mana salah yang telah dilakukan oleh Tan Sri Abu Bakar sehingga nilai perkhidmatan beliau selama ini dipacung dengan tragis sekali. Apakah sistem perkhidmatan awam telah hancur atau pun kucar kacir selama ini. Siapa yang 'jahat' terhadap negara sebenarnya.

Rata-rata penjawat awam bercakap sekarang dan masih mencari punca, apakah bentuk kesalahan yang telah dilakukan oleh Tan Sri Abu Bakar sehingga tindakan diambil begitu rupa atau apakah Tan Sri sendiri dengan secara sukarela mahu berhenti dari terus berkhidmat untuk negara.

Suhu kepanasan sedang menghangatkan kedudukan kerajaan BN dengan peristiwa tersebut. 1.4 juta penjawat awam akan memerhati, apakah ada ruang untuk mereka menterjemahkan pembalasan yang menimpa kepada bekas Ketua Pengarah mereka. Tentu tidak semua kakitanga awam bersetuju dengan pemecatan tersebut.

Siapa sebenarnya yang mencadangkan kepada kerajaan supaya Tan Sri Abu Bakar dipecat, dan kenapakah mudahnya kerajaan memecat orang yang begitu lama memberi khidmat kepada kerajaan atau adakah negara akan hancur dan berada dalam bahaya sekiranya Tan Sri Abu Bakar tidak dipecat?. Persoalan inilah yang berada dalam kepala semua penjawat awam kini.

Mengikut cerita, walaupun ada dikalangan kakitangan kerajaan yang gembira diatas pemecatan Ketua Pengarah perkhidmatan awam itu tetapi lebih ramai yang tidak setuju dan simpati dengan Tan Sri Abu Bakar. Persoalannya adilkah pemecatan tersebut?.

Sekiranya pemecatan itu tidak adil, akibatnya kedudukan kerajaan BN akan terancam pada PRU13 nanti kerana isu pemecatan tersebut akan dijadikan isu kempen oleh PR untuk menjatuhkan kerajaan BN yang sekarang ini sudah hampir jatuh dengan berbagai-bagai isu kemanusiaan.

Penghinaan kerajaan BN terhadap kerajaan dan rakyat kelantan dengan menafikan royalti minyak dan memansuhkan pembinaan lebuhraya dan penghinaan terhadap Tan Sri Abu Bakar akan mengumpulkan tenaga bagi rakyat dan kakitangan awam untuk berkempen mengalahkan BN pada PRU13 nanti.