Monday, October 29, 2012

Jangan sesal, jangan kesal.

Kekuatan sokongan rakyat kepada PAS Kelantan tidak perlu dipertikaikan lagi, apa pun gerakan dan hasutan yang dilakukan oleh pihak UMNO tidak memberi kesan bagi rakyat Kelantan untuk tidak menyokong PAS.

Berbagai-bagai sekatan dan tindakan dilakukan oleh Kerajaan BN dan UMNO Kelantan terhadap Kerajaan PAS dan rakyat Kelantan, ianya tidak melemahkan semangat kepada rakyat Kelantan untuk terus menyokong PAS dan Kerajaan Kelantan dibawah kepimpinan YAB Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Rakyat Kelantan amat percaya, khazanah negeri Kelantan akan dijaga dengan amanah oleh YAB TGNA walaupun terdapat beberapa rancangan yang diistiharkan oleh Kerajaan agak terbengkalai tapi itu semua tidak menyiksakan kehidupan rakyat Kelantan.

Walau pun berbagai-bagai isu dibangkit oleh UMNO bagi menghasut rakyat supaya tidak menyokong Kerajaan dan PAS dibawah pimpinan TGNA tapi rakyat masih sayang dan percaya kepada TGNA, sebab itulah usaha UMNO jadi sia-sia.

Isu Air, Depu, Jambatan, Ladang Rakyat dan macam2 lagi fitnah yang dileparkan oleh UMNO terhadap Kerajaan TGNA tidak disokong oleh rakyat kerana rakyat lebih kenal kebaikan TGNA daripada pemimpin UMNO yang berjuang bukan untuk rakyat tapi untuk kepentingan peribadi.

Walapu pun ada terdapat wakil rakyat PAS yang kurang menyerlah, itu semua tidak menjejaskan khidmat mereka kepada rakyat kerana TGNA selalu mematau akan gerak kerja wakil rakyat PAS, yang kurang aktif diberi peringatan dan tarbiah akan tugas dan tanggongjawab dan PRU13 adalah masa yang sesuai oleh TGNA dan PAS menyemak keberkesanan wakil rakyat PAS.

Yang mana difikirkan perlu dirihatkan sudah pasti akan dirihatkan kerana TGNA tidak mahu dichop sebagai pemimpin yang lepas tangan, lagi pun TGNA lebih cederung untuk melihat kepentingan rakyat lebih diutamakan dalam mengerakkan slogan Negara Berkebajikan dan Membangun Bersama Islam.

Tapi lain pula nampaknya dalam menentukan calun-calun Parlimen. PAS Kelantan lebih berminat untuk menentukan kerusi DUN dimenangi dengan  cemerlang sedangkan tidak ghairah bagi memastikan kerusi Parlimen dimenangi dengan cemerlang. Ini dapat diperhatikan PAS lebih berhati-hati bila berbicara kedudukan kerusi Parlimen, umpamanya PAS tidak terlalu gelisah pasal kedudukan kerusi Parlimern walaupun 'cula' telah memberi isyarat kedudukan beberapa kerusi Parlimen boleh diperbaiki. Ini kerana PAS teramat menjaga hati sekutunya.

Sebagai contoh Parlimen Tanah Merah dan Gua Musang boleh diperbaiki untuk mengekal dan mencari kemenangan. Nampaknya istilah 'biar mati anak jangan mati adat masih dipegang erat oleh PAS Kelantan'. Semuanya akan kesal dan sesal apabila 'Road to PUTRAJAYA' punah ranah.



Thursday, October 25, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Maaf Zahir Batin

daripada
Mohd Soberi Shafii
Mahani Abd. Ghani
Qhariennah Fatina
Juhaida Amalienna
Mohd Fais Hazriqk
Rieni Fahada Natasha
Millisa Nadhira.

Syed Harris Hafis
Tengku Adam Jafrie
Tengku Arissa Jasrienna

Nasaruddin
Zam.

Monday, October 22, 2012

KAFA diminta terima kasih pada Pak Lah.

Tahniah Kelantan, Tahniah penyokong Kelantan saya mengambil kesempatan melalui Sinar Harian keluaran 20hb. Oktober) meminta penyokong Kelantan supaya tidak beralih memberi sokong kepada ATM kerana peristiwa yang tercetus di perkarangan Stadium Sultan Mohd ke 4 semasa orangramai berbaris untuk membeli tiket tiba-tiba tak sampai setengah jam diberitahu tiket habis.

Penyokong yang datang seawal pagi amat kecewa kerana tak sempat membeli tiket walaupun terpaksa berbaris panjang dalam basah kuyup kerana hujan. Bayangkan kehampaan  mereka sehingga mereka meluahkan dalam dada akhbar. Mujur penyokong Kelantan setia kepada pasukan sehingga tidak menjejaskan sokongan walaupun didalam hati terbenam perasaan marah keatas pengurusan penjualan tiket.

Yang menjadi isu, kenapa sebelum tiket dijual sudah ada seorang Ketua Bahagian UMNO mengistihar akan membahagi-bahagikan tiket sedangkan mereka yang datang untuk membeli tidak diberi layanan. Ketirisan itulah yang dimarahi oleh peminat. Banyak orang pertikai.

Apakah status Ketua Bahagian boleh memonopoli tiket pertandingan akhir, apakah KAFA lebih melayani Ketua UMNO Bahagian daripada peminat dan penyokong?. Inilah persoalan yang belum terjawab. Pada petang 20hb itu saya meninjau di Stadium Shah Alam, ada lagi tiket dijual tapi sekejap sahaja lepas tu habis, tapi ulat2 tiket masih melelong tiket2 dengan harga 50, 45, 40, 35 dan 30.

Stadium Shah Alam penuh dikabarkan seramai 80,000 membanjiri stadium diantaranya 80% adalah penyokong tRw (Kelantan), akhirnya Kelantan menjadi juara setelah mengalahkan ATM dalam babak pertandingan yang amat menarik dan mendebarkan. Kelantan menang 3 - 2 dalam masa tambahan.

Kini Piala Malaysia berada di negeri serambi mekah (Kelantan), saya sarankan supaya piala itu pertamanya dipersembahkan kepada Sultan bagi mengambarkan solidariti rakyat Kelantan menyokong pasukan tRw, keduanya dibawa ke SUK untuk diberi penghormatan kepada Kerajaan Negeri yang dipilih oleh rakyat dan ketiganya diusung ke setiap jajahan untuk dilihat dan diraikan oleh rakyat jelata.

Di peringkat jajahan bolehlah kerajaan kelantan meluluskan acara keraian bagi membalas budi rakyat kelantan yang memberi sokongan kepada pasukan bola yang mewakili negeri kelantan. Disitu semua pemimpin  masyarakat diletak diatas satu pentas bagi memeriahkan acara gilang gemilang bagi merainkan pemain dan  penyokong pasukan bolasepak kelantan yang menjuara 3 piala dalam tahun ini.

Tan Sri Anuar Musa, Dato' Affandi dan Rosmadi kena bertindak bijak supaya pasukan bolasepak kelantan tidak dilacurkan kepada parti politik yang sedang mencari pengaruh dan sanggup menumpang diatas keringat pasukan bola dan KAFA kerana Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan bukan hak milik UMNO ataupun PAS.

Kini nampaknya ada usaha untuk mempolitikkan pasukan bolasepak kelantan, jangan memusnahkan harapan penyokong dan pemain dalam keghairahan mencari nama diantara kepimpinan KAFA kerana dikalangan penyokong dan pemain itu ada penyokong UMNO dan ada penyokong PAS. Kelantan tidak akan menang hanya kerana Ahli Jawatankuasa KAFA sahaja.

KAFA kena berterima kasih kepada pemain2 dan penyokong terutamanya kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang mula2 prihatin terhadap pasukan bolasepak kelantan. Saya berani menyatakan tanpa sumbangan dan  sokongan Tun Abdullah Ahmad Badawi, pasukan bolasepak kelantan tidak segagah dan gah seperti hari ini.

Kita lihatlah bagaimana KAFA mahu bersilat dengan kemenangan 3 piala tahun  ini, apakah piala itu akan menjadi milik UMNO sekiranya KAFA sanggup melacurkanya. Ingatlah, apa-apa bentuk sukan sekali pun sekiranya dibiarkan dipolitikkan akan hancur tidak berkubur. Hari ini bukan semalam.

Thursday, October 18, 2012

Apabila peti undi dibuka.

Bulan Oktober, tidak, Bulan November, Disembar 2012 akan berlalu dengan suram kerana pesta membuang undi tidak kunjung tiba, akan muncul tahun 2013 tahun yang pasti 'pesta mengundi akan tiba', tapi bila?. itulah persoalan yang bermain disegenap bucu pemikiran rakyat yang tak sabar untuk memilih.

Parti mana rakyat akan memberi kepercayaan untuk membentuk kerajaan nanti. BN sudah 55 tahun berkhidmat kepada rakyat, berbagai-bagai rancangan telah dilaksana,. Kerajaan BN sudah dikenali oleh rakyat Malaysia, cara dan gaya mentadbir negara, apakah rakyat Malaysia berpuas hati dengan corok pemerintahan hari ini. Sekiranya rakyat berpuas hati tentulah BN akan terus diberi mandat untuk mentadbir negera sekali lagi. Sekiranya tidak.

Rakyat akan memilih PR yang sedang hebat mempromosikan acuan untuk dilaksanakan kepada rakyat Malaysia sekiranya PR diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui kerajaan Malaysia pada PRU13 nanti. Lihat kepada riak dan gelombang arus sokongan rakyat terhadap PR hari ini, semacam negara Malaysia akan mendapat sebuah kerajaan baru yang bermotokan 'Kerajaan Berkebajikan'.

Kerajaan bersih dan adil, kerajaan yang diintai oleh keseluruhan rakyat hari ini, dalam mendapat kerajaan yang berketegori bersih dan adil nampaknya PR yang paling sesuai kerana kerajaan BN sekarang ini dilihat tidak mencerminkan kerajaan bersih dan adil walaupun ada terdapat menteri dan timbalan menteri bersih dan adil.

Salah satu faktor kenapa rakyat menolak kerajaan BN ialah disebabkan beberapa ahli perlimen yang dulunya menang atas tiket PR kini menjadi ahli perlimen bebas tapi bertindak melebihi batas kewarasan berpolitik yang diamalkan oleh ahli perlimen BN sendiri tapi dibiarkan menjadi kuda tunggangan oleh kerajaan BN.

Begitu juga dengan penonjolan pemberian habuan oleh kerajaan kepada rakyat seperti program BR1M, kedai 1M, 250 untuk anak muda umur 21 hingga 30 tahun dan lain-lain, itu semua dilihat sebagai membeli maruah rakyat kerana kenapa semasa dekat PRU baru kerajaan beria-ia benar mengadakan peruntukan untuk itu, apa tujuannya. rakyat tahu tujuannya.

Dan rakyat, walaupun rasa terhina tapi tidak menolak rezeki yang mendatang,lagi pun rakyat tahu wang itu adalah wang khazanah kerajaan yang dipunggut dari rakyat melalui hasil cukai dan sebagainya. Wang ambil tapi undi tidak. Istilah itulah yang akan menjadi 'kecelakaan' kepada BN apabila peti-peti undi dibuka kelak.

Apabila kita tinjau suasana suhu politik di beberapa negeri disemenanjung,sabah dan serawak, terpancar cahaya pertukaran kerajaan pada PRU13 nanti yang mana PUTRAJAYA tidak lagi akan dimiliki oleh PM Najib kerana beberapa kerusi parlimen yang sekarang ini dimiliki oleh BN akan beralih kepada PR seperti beriku:-

Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Perlis disebelah semenanjung adalah jelas tidak kurang daripada 14 kerusi bertambah untuk PR, manakala 12 di Sabah dan 10 di Serawak sangat-sangat mudah untuk PR tambah kerusi dan angka-angka ini pasti berlaku kerana perebutan dan perbalahan secara senyap yang berlaku dalam UMNO dan BN tidak dapat dibendungkan lagi.

Kerusi2 yang difahamkan dimenangi oleh PR sudah pasti melebihi daripada 112 kerusi dan cukup untuk membentuk kerajaan walaupun ada ura-ura daripada pihak UMNO Kelantan beberapa kerusi Parlimen dapat dimenangi oleh UMNO menjadi 5 kerusi BN semuanya iaitu Gua Musang, Jeli, Ketereh, Machang dan Tanah Merah.

Itu adalah cakap-cakap balaci UMNO, realitinya bagaimana?.


Wednesday, October 17, 2012

Berdamailah wahai pemimpin melayu.

Saya masih ingat kata-kata enak oleh bekas Presiden PAS, Allahyarham Asri Haji Muda semasa mengulas persekongkolan antara PAS dengan BN yang membentuk kerajaan campuran di Kelantan, katanya DAMAI ertinya NIKMAT.

Semalam ada seorang kuat UMNO memberitahu saya, beliau berdoa tiap2 malam selepas sembahyang isya supaya selepas PRU13 nanti PAS akan bersama UMNO memimpin negara Malaysia sepertimana yang telah berlaku dulu, kerana katanya hanya PAS dan UMNO saja yang boleh menyelamatkan ugama islam dan bangsa melayu di Malaysia ini.

Melihat kepada perkembangan politik tanahair terkini adalah perlu parti2 politik yang dipimpin oleh orang-orang islam dan melayu bersatu untuk mentadbir negara supaya rakyat Malaysia akan dihormati oleh bangsa asing terutamanya diluar negara kerana bangsa malaysia mampu mempertahankan keutuhan bangsa melayu dan terus memertabatkan ugama isalam.

Istilah 'Damai ertinya Nikmat' harus dipupuk dikalangan rakyat malaysia terutamanya bangsa melayu yang berugama islam, maka adalah satu keputusan yang tepat yang telah diambil oleh Musa Hassan bekas Ketua Polis Negara yang menarik balik saman terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim sekiranya tindakan Musa Hassan itu jujur dan ikhlas tidak mahu bermusuh lagi.

Sekiranya Musa Hassan dan Anwar Ibrahim boleh duduk bersama maka dalamnya makna 'Damai ertinya Nikmat' kerana tidak terlintas dalam benak pemikiran manusia bahawa akan terjalin persahabatan diantara Musa Hassan dengan Anwar Ibrahim.

Fenomena bekas2 pegawai tinggi kerajaan menyokong PR yang diterajui moleh Anwar Ibrahim menampakkan pentadbiran PM Najib semakin kucar kacir, setiap benda baru yang diumumkan oleh kerajaan BN ada saja yang tak kena dan dipertikai oleh rakyat jelata. Apakah itu adalah tanda-tanda awal kejatuhan kerajaan BN.

Manakala terdapat banyak ciri dalam perkembangan politik hari ini, manusia atau pun NGO yang menyokong kerajaan semuanya boleh diibaratkan, 'sokong membawa rebah' kerana suara-suara sokongan tersebut lebih memuakkan rakyat dari terus menyokong kerajaan kerana manusia tersebut dan NGO itu bertindak 'lebih lajak dari laju.

Sesungguhnya kata-kata Allahyarham Dato' Asri Haji Muda masih terdengar ditelinga saya,'Damai Ertinya Nikmat'. Apakah melayu hari ini tidak boleh berdamai, sekiranya boleh dan siapakah patut memulakan perdamaian itu, kepada saya UMNO wajib memulakan kerana UMNO ada kuasa dan saya rela memperhambakan diri untuk kearah mencari ' Damai dan Nikmat'. sepertimana saya memperhambakan diri untuk menghidup UMNO baru.


Monday, October 15, 2012

Tengku Razaleigh > Ibnu Hamzah

menulis dalam FB, www.UMNOtumPAS. minta supaya Nama 'KULI' iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah ditukar kepada nama Ibnu Hamzah kerana katanya, nama 'kuli' adalah tidak comel makna nya itu  diibarat sebagai ;kuli; (hamba) sedangkan nama Hamzah adalah nama sahabat nabi yang membawa gelaran SINGA ALLAH. Lojik juga cadangan itu dan nama Ibnu Hamzah akan saya catitkan apabila saya ingin menulis tentang Tengku Razaleigh.

Teringat saya pada satu ketika dulu, semasa Tengku Razaleigh menghadiri dalam satu perjumpaan disebuah hotel di Ipoh Perak. Yammy Samat telah memarahi hadiri yang memanggil nama Tengku Razaleigh dengan nama 'kuli', katanya bermula dari hari itu beliau tidak benar lagi sesiapa memanggil nama Tengku Razaleigh sebagai 'kuli' kerana katanya Tengku Razaleigh bukanlah hamba ataupun 'kuli' sedangkan nama Tengku Razaleigh adalah nama besar dalam politik negara.

Ibnu Hamzah yang telah diwar-warkan hadir dalam satu majlis anjuran AMANAH dengan kerjasama Urusetia Penerangan Negeri Kelantan diatas pentas ROYALTI yang dijadualkan berlangsung pada 13hb. Oktober lalu di Padang Istiadat, Bachok, Kelantan tidak muncul sehingga majlis selesai jam 12.00 malam.

Lebih kurang 5000 rakyat hadir untuk melihat dan mendengar ceramah Ibnu Hamzah pada malam tersebut, tapi semuanya balik dengan hampa kerana 'bayang' beliau pun tak nampak, Dimana silapnya? atau ada agenda tersirat oleh penganjur, sehingga kini menjadi teka teki kerana pihak penganjur agak malu untuk memberi penjelasan.

Diatas pentas ada dua orang wakil rakyat PAS iaitu YB. Ustaz Hassan (Tawang) dan YB. Aziz (Jelawat) mereka hadir kerana dijemput atau mereka hadir kerana diberitahu YB. Dato' Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri akan hadir. Mungkin mereka berdua hadir sebagai dif jemputan untuk mendengar pengerusi ngo R dan pengerusi AMANAH berucap, adakah kedua-dua YB dari Bachok itu orangnya 'lekeh' diletak diatas pentas untuk mendengar 'budak-budak' bersendiwara.

Yang menjadi tanda tanya orangramai. kenapa Ibnu Hamzah tidak hadir dan Husam Musa juga tidak kelihatan sedangkan dalam poster dan kain renteng nama dan gambar mereka dikatakan akan berada sama, dan adakah mereka tak beritahu pengajur mereka tak dapat hadir atau penganjur dah diberitahu tapi malu nak umum atau sengaja nak perbodohkan orangramai kerana ada agenda yang tersirat.

Amat malang sekiranya nama Ibnu Hamzah dijaja tapi tidak ada kepastian beliau akan hadir, dan lagi teramat malang sekiranya Ibnu Hamzah yang telah memberi kesanggupan untuk hadir tiba-tiba membatalkan pada malam tersebut untuk tidak hadir dalam majlis yang dianjurkan oleh AMANAH yang mana beliau adalah Presiden AMANAH.

Ketidak hadiran Dato' Husam Musa pada malam tersebut, sudah dimaklum awal dan diketahui oleh penganjur yang menjemput beliau, walaupun ada sahabat2 apabila ditanya kepastian kehadiran beliau cuba menyembunyikannya kerana bimbang sekira orang PAS Bachok tahu boleh menjejaskan kehadiran.

Siapa tipu siapa, dan siapa ditipu.

Thursday, October 4, 2012

Tolak calun yang hanya memanaskan kerusi.

Kedua-dua pihak sedang memasang perangkap. BN sedang menyusun program bagi menyalurkan wang negara kepada rakyat dan pengundi melalui pembentangan budget 2013 manakala PR sedang menyusun majlis penerangan bagi mendedahkan bagaimana cara kerajaan mengunakan wang negara untuk kepentingan kroni-kroni mereka.

Mana-mana orang yang mengikuti perbahasan disidang parlimen yang sedang berlangsung sekarang tentunya mahu tergelak melihat akan gelagat ahli perlimen terutamanya dari BN yang langsung tidak menunjukkan kebijaksanaan apabila membahas satu-satu isu yang menyentuh pembelaan kepada rakyat. Apa yang lebih mereka lakukan ialah mahu menonjolkan diri untuk dipilih semula menjadi calun pada PRU13 nanti.

Nampak sangat ucapan membodek PM Najib sehingga kadangkala tidak menempati jajaran isu yang harus diperdebatkan, semuanya menjurus kearah serangan peribadi kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sehingga menampakkan apa yang dibuat oleh PM Najib semuanya betul.

Ketirisan yang berlaku dalam kerajaan sedikit pun tidak ditegur oleh ahli dewan yang mewakili BN, sedangkan banyak perkara yang mereka boleh tegur dan perbetulkan. sepertimana projek2 mega yang tersalah urus dan juga sepatutnya meraka juga menyebut bagaimana janji2 yang telah diumumkan pada pembentangan bugdet 2012 lalu sudahkah dilaksanakan.

Nampak benar ahli dewan rakyat BN ketandusan ideal pada persidangan kali ini, sebenarnya ramai juga dikalangan ahli parlimen BN yang mampu menyuarakan denyut nadi rakyat, tapi nampaknya mereka menguncikan pintu hati kerana edah parlimen ini adalah penghujung sebelum PRU13. Jadi mereka memaksakan diri mereka untuk menjadi seorang pengampu supaya terus dikekalkan sebagai calun dalam pilihanraya.

Apabila kepentingan diri diutamakan, maka mutu perbahasan terus malap, begitu juga ramai terdapat ahli parlimen yang hanya memanaskan kerusi, datang ke parlimen untuk mempastikan mendapat elaun kehadiran. Dengan parti-parti politik masih mencalunkan wakil rakyat yang tidak berkemampuan berhujah maka sudah tentu parlimen akan bertambah malap.

YB. Nurul Izzah, contoh ahli perlimen yang berwibawa.

Jasteru itu dalam PRU13 ini tentu banyak perangkap-perangkap akan dipasang, Siapa yang kurang arif akan menjadi mangsa kepada perangkap politik. Yang pasti nanti ahli parlimen PRU13 tentunya akan dihasilkan kepada mereka-mereka yang tahu memainkan peranan sebagai ahli parlimen bukan hanya sebagai pak pacak wayang kulit yang bergelar 'tok mat siko;.

Wednesday, October 3, 2012

R for Royalti dan UTTV.

Tuntutan Royalti Minyak oleh rakyat Kelantan makin membara, Program jelajah secara konvoi mendapat sambutan yang luar biasa, himpunan bersejarah telah pun berlangsung, Tuan Guru YAB Menteri Besar Kelantan bersama Presiden PAS dan Ketua umum PR bersama memberi pidato untuk terus bersama NGO R sehingga tuntutan berjaya..

Dalam isu tuntutan royalti ini, semua pihak bersatu dikalangan rakyat yang tidak mementingkan perut dan diri. Tengku Razaleigh Hamzah, rakyat Kelantan yang terdahulu bersama Kerajaan Negeri Kelantan mencadangkan supaya kerajaan Malaysia membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan. Kerana Tengku Razaleigh tahu asal usul persetujuan antara kerajaan Kelantan dengan kerajaan pusat.

Kenapa kerajaan dibawah pimpinan Najib masih tidak mahu akur diatas persetujuan yang telah dibuat semasa Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Sedangkan Tengku Razaleigh yang terlibat secara langsung mengakuinya bahawa Kelantan berhak mendapat feadah dari hasil minyak seperti yang dituntut oleh kerajaan Kelantan.

Agaknya kedegilan dan keangkuhan yang ditunjuk oleh kerajaan persekutuan itu akan mengakibatkan berakhirnya sebuah kerajaan yang tidak adil kepada rakyat Kelantan, melihat kepada kebangkitan rakyat Kelantan yang dulu hanya bertahan di Kelantan sekarang ini sudah mula menerajui gerakan menumPASkan kerajaan UBN.

Apakah kejatuhan kerajaan UBN nanti sengaja berpunca dengan tuntutan R yang dibentuk mengumpulkan anak-anak muda kelantan untuk terus mara dengan satu matlamat tapi disertai oleh arus yang ingin melihat sebuah kerajaan baru dibentuk di Malaysia selepas PRU13 nanti.

Gerakan royalti minyak pada mulanya berpusat di studio UTTV secara kecil-kecilan, kini sudah semakin gah dan gagah dengan mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat daripada yang miskin dan yang kaya, rakyat biasa dan ternama, orang berparti dan tidak berparti, alim ulama, tua dan remaja, semuanya suka gerakan R kedepan bagi membantu kerajaan Kelantan.

R untuk royalti, bukan untuk R&R. saya tumpang gembira

Monday, October 1, 2012

Stigma Agitation

Tidak berapa hangat dibincang dikedai-kedai kopi atau di coffce house hotel-hotel, tidak ada benda baru  yang merangsang dan tidak ada yang menyentuh keinginan untuk menyokong dengan penuh perasaan. Begitulah tinjauan terhadap pengumuman budget 2013 yang dibentang oleh PM Najib di Parlimen pada 28hb. September lalu.

Semua rakyat yang menjadi tumpuan oleh kerajaan untuk memancing undi gembira dengan pengumuman tersebut, mereka sedang menanti menjelangnya januari 2013, kerana itu adalah rezeki yang dihantar melalui kerajaan yang sesungguhnya pemberian tersebut adalah hak rakyat. Bahkan mereka berangan-angan akan mendapat banyak dan lebih daripada apa yang diumumkan oleh PM Najib.

Mungkin sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia dan mengumumkan budget, rakyat akan mendapat lebih dan agak istimewa dari apa yang diumumkan oleh PM Najib. Nak tahu betul atau pun tidak rakyat bolehlah mencuba pada PRU13 nanti.

PRU13 nanti adalah masa yang amat baik untuk rakyat menguji kejujuran Anwar Ibrahim, masa yang akan menguji kemampuan beliau mengurus wang negara, masa yang akan menunaikan janji apa yang dicetuskan dalam buku jingga.

Rakyat berhak memberi peluang kepada Anwar Ibrahim pula mengurus kewangan negara atas sifat sebagai Perdana Menteri yang mempunyai kuasa mutlak, tidak seperti terdahulu yang mana kuasanya terhad kerana Perdana Menteri bukan beliau. Jadi tak usaha pertikai sekarang akan kewibawaan beliau, beri dulu peluang pada PRU13 ini dan lepas itu sekiranya beliau tak boleh diharap, rakyat bolehlah menukarnya dengan cara demokrasi.

Lima tahun bukan waktu yang panjang. PM Najib pun bukan tua sangat pada masa itu,. boleh lagi dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Anwar Ibrahim tidak menunai janji dan gagal mengurus negara untuk kesehajteraaan rakyat. Negara Jepun pernah bertukar Perdana Menteri, Amerika juga, negara itu masih aman dan rakyat tidak menderita. Jadi apa perlu takut.

Oleh itu ugutan bahawa negara akan menjadi kacau bilau, bukan bangsa melayu akan jadi perdana menteri, melayu akan dijajah, itu semua adalah permainan kata-kata oleh orang-orang yang rakus kuasa., tak mahu menerima hakikat yang nyata. Sebenarnya kekuatan dan keteguhan negara kita berada ditangan rakyat semua, sekiranya dibiarkan rakyat membuat pilihan sendiri negara akan dapat seorang pemimpin yang akan berhati-hati untuk mempastikan rakyat terbela.

Sekiranya rakyat memilih supaya kerajaan baru mentadbir negara kelak, yang pastinya banyak kebajikan rakyat diisi dengan penoh sopan. Kakitangan awam akan diletak dalam landasan yang betul, tidak akan ada perlantikan pilih kasih seperti kenaikan pangkat yang diangkat bagaikan roket naik kebulan, yang dahulu didahulukan, ketirisan kewangan akan diperbetulkan, manakala nelayan,penternak dan petani tidak akan mengemis dibumi sendiri, hasil royalti akan dikecapi oleh rakyat yang berhak dan tentunya rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak akan dibiarkan bermaharajalela.

Beban tanggongan hutan tidak menjadi malapetaka, bahan-bahan keperluan hidup akan dapat dinikmati, seperti rumah mampu milik, motokar yang mampu dibeli dan murah serta persekolahan anak-anak yang tidak membebankan. Manakala peluang pekerjaan akan disusun supaya pengangguran tidak menjadi bebab dan penyakit sosial kepada rakyat. Semuanya telah dirancang oleh PR.


BN pula terus memperhebatkan strategi untuk menyakinkan rakyat, berbagai-bagai slogan dicipta untuk memberi wang kepada rakyat terutamanya kepada pengundi-pengundi, Apakah strategi tersebut akan berhasil atau sebaliknya hanya PRU13 sedang menunggu memberi jawapan, sekiranya BN masih dapat mengekalkan kerajaan, terbukti PM Najib adalah pakar strategi politik yang hebat diabab ini.