Tuesday, January 21, 2014

Menteri diminta pantau ketirisan.

Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Imigrasen, Ketua Pengarah RELA, 
Ketua Pengarah JPAM,
tugas besar sedang menanti.

Perang.....hari ini bermulanya satu tindakan yang berani oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap warga asing yang hidup dengan kemewahan di negara ini hasil mendapat perlindungi dari rakyat negara ini sendiri.

Sama ada perang ini ada ketelusan atau pun tidak, itu belum lagi menjadi persoalan. Tahniah patut diberi kepada Kementerian Dalam Negeri kerana ada niat kesungguhan untuk membersihkan bumi Malaysia dari dilambak dengan Pendatang Tanpa Izin (PTI).

Isu PTI ini telah wujud sejak zaman berzaman tapi tidak ada penghujungnya, memang sukar untuk menghapuskan sikap manusia, walau pun kenyataan selalu dibuat oleh Menteri tapi tidak ada keberkesanan, kenapa?.

Kini Kementerian Dalam Negeri ada menteri baru, yang berminat untuk melihat negara ini tidak dihuni oleh PTI yang kadang-kadang mencemaskan kehidupan rakyat Malaysia sehari-harian. Ada kes rompak, rogol, ragut dan bunuh yang melibatkan warga asing terutamanya PTI.

Usaha dan ketegasan Menteri KDN akan dapat dilihat kesannya apabila agensi penguatkuasa turut memainkan peranan bersekali dengan tindakan, tanpa agensi penguatkuasa yang cekap dan amanah tentunya idaman Menteri, Timbalan Menteri dan Kerajaan tidak akan tercapai, kerana manusia itu banyak kelemahan.

Bukan tidak ada usaha sebelum  daripada ini untuk melenyapkan PTI dari bermaharaja lela dibumi Malaysia ini, tapi ketirisan banyak berlaku sehingga kedatangan PTI ke Malaysia tiap hari bertambah, yang anihnya KDN sebelum ini tidak nampak ada kesungguhan untuk menlenyapkan PTI secara serius seperti hari ini.

Hari ini adalah hari pertama 'gerakan besar-besaran' telah diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap dan mengusir PTI, sehingga akan melibatkan majikan, pelindung dan negara sumber akan dikenakan kos untuk pengusiran. Satu pengumuman yang tidak realistik, KDN patut cari keadeh lain yang lebih berkesan untuk memastikan tidak akan ada majikan, pelindung atau negara sumbar yang akan bersekongkong dengan PTI. Ertinya tindakan yang lebih menjurus kepada 'ketakutan' pada mereka yang ingin bersubahat dengan PTI.

KDN harus sedar, kedatangan PTI kenegara ini banyaknya diatur oleh sendiket yang mencari keuntungan, jadi masaalah kewangan untuk  membayar denda dan tiket penghantaran pulang tidak membeban kepada mereka dan mereka sebenarnya telah bersedia untuk itu. Sekiranya KDN mahu menambah keadah yang lebih berkesan untuk pengusiran, saya sedia membantu memberi cadangan balas.

Berapa ramaikan yang telah ditangkap dihari pertama gerakan zero PTI ini, kita menunggu angka tangkap yang amat memberasangkan sesuai dengan penglibatan agensi yang ditugaskan ia-itu Polis, Imigresan, RELA, JPAM yang tentunya mempunyai sumbar perisikan dan kekuatan tenaga ribuan orang.

Sekiranya seorang anggota dapat menangkap PTI satu seorang, tentunya banyak ribu yang ditangkap semalam, dan sekiranya hari pertama tangkapan telah lesu maka usaha KDN akan menjadi sia-sia ertinya ibarat mencurah air didaun keladi. Dan tentunya menteri tidak mahu slogan 'indah kabar dari rupa' terjadi dalam gerakan perang terhadap PTI seperti yang diumumkan itu.

Jangan biarkan rakyat ketawa terutamanya proses penangkapan telah dibuat tapi pengusiran gagal dilaksanakan, kem-kem tahanan dipenohi dan dibebankan dengan warga PTI yang baru yang mana kos untuk memberi makan kepada mereka akan membebankan kewangan negara.

Yang lebih ditertawa nanti apabila, hari ini PTI ditangkap, malam esoknya PTI tersebut dilihat membeli belah disekitar chow kit road dan ada yang berantai dipusat-pusat karaoke. Kalau lah ada...maaf ye.

No comments: