Thursday, January 2, 2014

Muhyideen ganti Najib?

Dimana YAB Timbalan Perdana Menteri sambut Tahun baru 2014 semalam. PM Najib dikabarnya berada di luar negara bersama isteri tersayangnya Datin Seri Rosmah Mansor. Apa yang didengar YAB Tan Sri Muhyideen Yassin berkata akan merealisasikan semula subsidi yang telah diputuskan oleh Kerajaan untuk memotongnya.

PM Najib umumkan 11 langkah-langkah untuk mengurungkan sokongan rakyat kepada UMNO dan Kerajaan manakala TPM Muhyideen sedang cari populoriti untuk mendapat sokongan rakyat khasnya ahli-ahli UMNO. Muhyideen dilihat hebat daripada PM Najib dalam meraih sokongan rakyat dan ahli UMNO.

Walaupun Muhyidden nampak bijak dalam meraih simpati dari ahli parti tapi belaiu gagal menerajui jawatankuasa kabinet mengenai boroh asing. Lihat saja setiap kali ada hari cuti umum (holiday), bandaraya Kuala Lumpur dibanjiri oleh warga asing. Begitu juga berlaku hari ini (1.1.2014) yang mana lorong-lorang dan sekitar pasaraya dan mall dipenohi oleh warga asing. sama ada yang halal dan juga haram.

Terpaksa station TV milik kerajaan atau pun swasta membuat liputan untuk dijadikan bahan berita dan tempat warganegara Malaysia mencurah rasa tidak puas hati dengan kebanjiran warga asing dibandar-bandar, seakan-akan hari ini Kuala Lumpur bukan milik rakyat Malaysia. Ada rakyat berpendapat hari ini mereka merasai seperti berada dinegara Nepal, Myamyar, Kemboja, Bangladesh ataupun Indonesia.

Nampak sangat Jawatankuasa Boroh Asing yang di pengerusi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri tidak ambil peduli tentang kebanjiran warga asing, apakah yang keluar itu warga asing yang diizin yang ada permit atau sebilangan besar mereka adalah pendatang tanpa izin yang tak ada permit yang mengambil kesempatan keluar ke bandar-bandar dimusim cuti umum. Tambah membimbang lagi warga 'gagak hitam' berkeliaran dengan wajah yang ganas dan menakutkan.

Disinilah nampaknya Muhyideen tidak cekap dalam pengurusan warga asing, eloklah beliau melepaskan jawatan tersebut dan berilah kepada YB Dato, Seri Zahid Hamidi menerajuinya sesuai dengan Kementerian yang bertanggongjawab secara langsung dalam menentukan keamanan dalam negeri.

Lagi pun kementerian Dalam Negeri patut diberi kuasa mutlak bagi mengurus  warga asing ke Malaysia termasuklah pengurusan kemasukan pekerja asing secara sah, Sistem yang ada hari ini tidak dapat membendung rasuah berpanjangan. KDN hendaklah diberi kuasa mutlak, bukannya Kementerian sumber manusia dan kementerian lain yang boleh melambatkan proses kemasukan pekerja asing ke Malaysia.

Mudah dan senang pihak KDN mematau dan menguruskan kemasukan warga asing apabila dari mula lagi dipantau oleh Kementerian dan agensi penguatkuasa. Muhyideen bolehlah memberi tumpuan penuh perhatian kepada pengurusan parti untuk meletakan dirinya dalam keadaan selesa sekiranya berlaku sesautu terhadap PM Najib, kerana sudah ada riak-riak perbualan tentang kegagalan PM Najib mengurus perasaan dan keyakinan rakyat dibawah pemerintahan beliau apabila isterinya diangkat sebagai orang yang banyak jasa kepada negara sedangkan isteri Muhyideen tidak diberi pujian langsung walaupun banyak dan besar juga sumbangannya kepada negara.

Walaupun perhimpunan agong UMNO baru saja selesai, tapi gendang irama asli sudah pun dipalu. UMNO tak akan hidup tanpa gerak kerja percaturan politik bagi menentukan pemimpin dimasa depan, oleh itu tidak menjadi rahsia sekiranya ada usaha ingin memertabatkan Muhyideen pula menerajui kerajaan dan parti. Seperti kata Tun Nahathir prestasi Pak Lah lebih baik daripada Najib semasa kali pertama menerajui Pilihanraya umum.

Bersediakah Muhyideen?.

No comments: