Monday, January 20, 2014

Mukhris bimbang, KJ?

Begitu ramai dikalangan pemimpin dan ahli UMNO menaruh kebimbangan diatas sikap Najib membuat pengumuman yang tidak populor ekoran kenaikan harga barang harian yang mendadak. Golongan berpendapatan rendah sudah merasai beban kehidupan tersebut.

Selain dari Tun Mahathir merasai tidak senang dengan cara Najib memimpin negara kini, terbaru anaknya iaitu Mukhris Mahathir, Menteri Besar Kedah melahirkan kebimbingan sekiranyan Najib terus membuat keputusan yang tidak pepulor itu.

Mukhris melahirkan kebimbangan kerana takut ia akan memberi kesan kepada PRU ke 14. Tidak mustahil pada PRU14 nanti sekiranya isu kesusahan rakyat berpanjangan UMNO akan ditolak oleh rakyat. tidak mustahil.

Walau pun ramai pemimpin UMNO dan ahli UMNO yang masih buta hati terhadap sikap Najib dan tidak ramai yang melahirkan kekecewaan secara terbuka melalui media cetak dan TV milik Kerajaan, Tapi diluahkan melalui FB dan Twitter, banyak komen-komen yang jelas melahirkaan kekecewaan mereka terhadap Najib.

Jelas sekali isu, 'Kangkung' merendahkan martabat Najib, ada diantara pemimpin UMNO tidak langsung cuba mempertahankan kutukan rakyat terhadap Presiden Parti begitu juga dengan Menteri, Timbalan Menteri serta wakil rakyat, tidak ramai yang bangkit mempertahankan Perdana Menteri Najib.

Terutama Menteri, Timbalan Menteri dan wakil rakyat BN dari Sabah dan Serawak, apakah ada usaha untuk mempercepatkan tempoh Najib menjadi Perdana Menteri. Inilah fenomena yang berlaku dalam kepimpinan Najib hari ini. Najib nempak seperti keseorangan dalam membawa Malaysia kearah negara maju 2020, ada Menteri pun selalu membuat kenyataan yang boleh menghancurkan kekuatan Kerajaan.

Yang menjadi kemarahan dikalangan pemimpin UMNO terutamanya Ketua Bahagian berhubung dengan dasar baru kerajaan hari ini yang mana semua projek akan ditenderkan, Dasar tersebut boleh menyusuhkan mereka untuk bertahan memegang jawatan Ketua Bahagian dimasa yang akan datang.

Walau pun sudah ada pemimpin UMNO dan ahli UMNO menegur Najib secara terbuka tapi masih ramai yang menjadi 'pengampu dan pak turut', mereka yang perangai seperti itulah yang disukai oleh Pakatan Rakyat (PR) kerana ianya akan memudahkan proses kejatuhan Kerajaan yang ada hari ini.

Berapa ramai Menteri Besar sikapnya seperti Muhkris Mahathir?






No comments: